PETALING JAYA: Agrobank kekal komited membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memastikan pembangunan serta kelestarian ekosistem agromakanan negara kekal stabil. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Malaysia kini berada pada kedudukan 41 daripada 113 buah negara dengan mata 69.9 peratus dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (Global Food Security Index (GFSI)) 2022. Ujarnya, bagi aspek keselamatan makanan, dasar sekuriti makanan ini dinilai…










