MRTS, CIDB, JCCD bekerjasama jayakan Program Usahawan Muda - Utusan Malaysia

MRTS, CIDB, JCCD bekerjasama jayakan Program Usahawan Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia Rapid Transit System Sdn. Bhd., (MRTS) dan Lembaga Pembangunan Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Johor Centre For Construction Development (JCCD) menandatangani perjanjian kolaborasi bagi menjayakan Program Usahawan Muda MRTS (MYEP).

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Mohd. Zarif Hashim berkata, program MYEP merupakan kerjasama strategik dalam membangunkan usahawan Bumiputera muda dalam bidang keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan perkhidmatan pengurusan.

Menurutnya, pelaksanaan program itu membolehkan penglibatan peserta Bumiputera dalam projek berkaitan kerajaan, memberi peluang pekerjaan kepada peserta untuk terlibat dalam bidang teknikal dan perniagaan.

Usaha itu juga menjadi platform memperkasakan modal insan dengan memberi pendedahan dalam pelaksanaan projek dan pengalaman perniagaan bagi memberi peluang kepada peserta untuk menjadi kontrator yang berjaya.

“Perjanjian kolaborasi antara MRTS, CIDB dan JCCD ini merupakan satu titik permulaan antara ketiga-tiga pihak untuk bekerjasama melatih graduan Bumiputera muda yang berjaya.

“Ia meliputi pelbagai bidang, antaranya keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan perkhidmatan pengurusan,” katanya dalam kenyataan.

Perjanjian kolaborasi itu ditandatangani oleh Mohd. Zarif, Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Ketua Eksekutif JCCD, Norazmi Amir Hamzah serta disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Ir. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

Mohd. Zarif berkata, program MYEP memberi sokongan terhadap Agenda Bumiputera Kerajaan dalam meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam akitiviti ekonomi, peluang pekerjaan serta pembangunan modal insan.

Menerusi program kolaborasi itu, seramai 30 graduan Bumiputera bakal dibimbing oleh MRTS, CIDB dan JCCD menerusi program dan latihan amali dalam bidang pengurusan kewangan, korporat dan pelaburan,
untuk menjadi kontraktor dan vendor yang berjaya dalam industri pembinaan.

Menerusi kerjasama MRTS, CIDB dan JCCD dalam membangunkan program MYEP bagi Projek RTS Link, katanya, pelbagai inisiatif dan aktiviti bakal diterapkan bagi pembangunan kompetensi serta penerapan amalan industri pembinaan terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya