TM R&D, ZTE jalin kerjasama dalam penyelidikan rangkaian optik - Utusan Malaysia

TM R&D, ZTE jalin kerjasama dalam penyelidikan rangkaian optik

KETUA Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr Sharlene Thiagarajah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Malaysia, Steven Ge (dua dari kanan) bertukar dokumen MoU pada majlis yang diadakan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Telekom Research & Development Sdn. Bhd. (TM R&D), cabang inovasi Telekom Malaysia Berhad (TM) bekerjasama dengan ZTE (Malaysia) Corporation Sdn. Bhd. (ZTE) untuk bekerjasama dalam penyelidikan rangkaian optik, justeru membawakan pengalaman lebar jalur 50Gbps pertama ke Malaysia.

Memorandum Persefahaman (MoU) itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr. Sharlene Thiagarajah dan Ketua Pegawai Eksekutif ZTE Malaysia, Steven Ge.

Di bawah perjanjian itu, TM R&D dan ZTE akan bersama-sama meneroka keupayaan teknologi akses Rangkaian Optik Pasif (PON) generasi akan datang iaitu 50GPON untuk menyokong pelbagai senario aplikasi. 

Menurut kenyataan, kedua-dua entiti akan mengkaji kes-kes gunaan yang boleh memberikan akses ultra jalur lebar kepada kerajaan, perusahaan dan pengguna serta menyokong keperluan perkhidmatan inovatif.

“Ini seperti 5G, Cloud Virtual Reality (VR), pembuatan pintar industri untuk lebar jalur yang tinggi, tahap lengahan dan keseragaman isyarat (latency & jitter) yang rendah, serta penyeragaman masa yang kesemuanya akan meningkatkan pengalaman pengguna di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sharlene berkata, TM R&D komited untuk menjalankan penyelidikan mengenai teknologi masa depan dan menginovasi ekosistem baharu yang lebih pintar dengan nilai tambah yang akan meningkatkan kualiti pengalaman pengguna.

“Ini menepati transformasi kumpulan TM ke arah menjadi sebuah syarikat teknologi (TechCo) yang berteraskan insan.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pemain global terkenal seperti ZTE untuk menginovasi teknologi PON generasi akan datang sejajar dengan trend global dan hala tuju teknologi,” ujarnya.

Sementara itu, Steven berkata, kerjasama tersebut tepat pada masanya sejajar dengan perkhidmatan jalur lebar kediaman berkepantasan gigabit digunakan secara meluas di Malaysia pada masa ini dan rangkaian tetap berada dalam evolusi dari GPON ke 10G PON.

“ZTE amat berbesar hati dengan peluang untuk bekerjasama dengan TM R&D bagi penyelidikan masa depan dalam teknologi PON generasi akan datang yang menyokong Digital Malaysia,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.