PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad menyampaikan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Menurut kenyataannya, zakat perniagaan tersebut berjumlah RM185,151.20 bagi Takaful IKHLAS Family dan RM201,460.40 untuk Takaful IKHLAS General. Katanya, penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family, Muhammad Fikri Mohamad Rawi dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya