SCIB tarik diri projek hospital pakar di Johor Bahru - Utusan Malaysia

SCIB tarik diri projek hospital pakar di Johor Bahru

scib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kejuruteraan awam, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengeluarkan surat penarikan diri untuk cadangan kejuruteraan, kontrak perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) yang melibatkan projek hospital pakar yang terletak di Johor Bahru.

Penarikan diri tersebut dikeluarkan kepada Kencana Healthcare Sdn. Bhd. (KHSB).

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman  berkata, syarikat sedang menguatkuasakan haknya di bawah kontrak dan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan SCIB.

“Ini termasuk dalam mengurangkan risiko yang timbul daripada kelewatan yang lama atau tiada pergerakan kemajuan projek disebabkan oleh ketidakpastian dan ketidakupayaan untuk mendapatkan operator yang diperlukan untuk projek itu. 

“Selain itu, keputusan ini dibuat kerana menyemak dan mengemas kini rekod buku pesanan kami untuk menggambarkan keadaan semasa,” katanya dalam kenyataan.

Jelas kenyataan itu, SCIB telah menerima surat anugerah daripada KHSB bertarikh 13 Ogos 2021 untuk kontrak EPCC yang melibatkan perolehan peralatan modal serta konsesi pemajakan untuk perolehan, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan peralatan perubatan. 

“SCIB dan KHSB telah bersetuju bersama untuk syarikat itu menarik diri daripada projek tersebut.

“Sebagai sebahagian daripada penarikan diri daripada projek itu, KHSB akan membayar balik di bawah perjanjian penyelesaian, yuran komitmen berjumlah RM1.65 juta yang telah dibayar oleh SCIB dalam dua peringkat,” ujarnya.

Tambahnya, penarikan diri daripada kontrak tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas penggearan, pendapatan sesaham dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.