PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.6 bilion (RM504.011 bilion) pada 30 Disember 2022, naik daripada AS$110.3 bilion (RM485.10 bilion) pada 15 Disember 2022.
Bank Pusat dalam kenyataannya berkata, paras rizab itu telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Katanya, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$102.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)(AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.6 bilion).
“Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM503.28 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.9 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.69 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM72.05 bilion),” katanya.
Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM153.10 bilion), mata wang dalam edaran (RM162.07 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM221.88 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM5.21 bilion), deposit lain (RM37.29 bilion), kertas Bank Negara (RM6.65 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.39 bilion). – UTUSAN










