Program RoboFun bantu perkukuh ekosistem robotik negara - Utusan Malaysia

Program RoboFun bantu perkukuh ekosistem robotik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Intel Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti  Malaysia (MPC), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Scuttle Robotics melancarkan program RoboFun (Robotik untuk Universiti).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil berkata, pihaknya memuji usaha Intel dalam mewujudkan program RoboFun.

“Ini adalah sebagai salah satu kerjasama berterusan yang dijalin antara industri, kerajaan dan universiti ke arah memperkukuh ekosistem robotik di Malaysia. 

“Saya percaya semua usaha ini akan menyumbang kepada evolusi industri Malaysia ke arah Industri 4.0,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata, inisiatif Intel melalui modul latihan komprehensif RoboFun dengan kerjasama universiti tempatan adalah kaedah berkesan untuk merangsang perkongsian pengetahuan industri dan akademia dalam membangunkan sistem Robot Mudah Alih Autonomi (AMR).

Katanya, penyelesaian dan teknologi berkaitan Industri 4.0 yang dicipta oleh bakat universiti tempatan akan menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengoptimumkan produktiviti serta meningkatkan keupayaan mereka.

“Kejayaan program ini yang akhirnya akan meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan untuk memenuhi keperluan industri.

“MIDA akan terus bekerjasama secara sinergi dengan industri dan ahli akademik untuk menyokong pembangunan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) di Malaysia,” ujarnya.

Pelancaran program tersebut menampilkan barisan lima universiti awam dan swasta iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Putra Malaysia (UPM) and Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Kesemua universiti tersebut diberikan kit AMR yang penting dalam menubuhkan makmal Robotik untuk universiti masing-masing dan akan berfungsi untuk memperkasakan pelajar bagi fakulti untuk meningkatkan pengetahuan mereka dan menyesuaikan diri dengan sistem AMR.

Melalui kerjasama Intel dan Scuttle Robotics, mereka berjaya menghasilkan penyelesaian AMR yang mantap. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya