OPR boleh kekal jika inflasi terus turun, mereda

OPR boleh kekal jika inflasi terus turun, mereda

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh terus dikekalkan pada paras 2.75 peratus jika kadar inflasi terus menurun atau mereda.

Menurutnya, apa yang me­macu kadar naik turun inflasi ketika ini adalah perbelanjaan pengguna di restoran sama ada makan atau bawa pulang selain di hotel.

Justeru katanya, pengguna yang perlu memainkan peranan utama bagi menentukan kadar inflasi itu.

“Saya tidak pasti kadar OPR signifikan kepada kadar inflasi jika ia dikekalkan. Namun jika kadar inflasi boleh turun pada bulan ini dan Februari maka, OPR boleh dikekalkan,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut sejak Mei tahun lalu.

Minggu lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kadar inflasi menurun kepada 3.8 peratus pada Disember 2022, berbanding 4.0 peratus bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kadar inflasi bagi ke­seluruhan tahun 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan pada 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN