MYAirline lancar penerbangan dua kali sehari KL-Sibu

MYAirline lancar penerbangan dua kali sehari KL-Sibu

Rayner Teo (dua kanan) melancarkan penerbangan MYAirline dua kali sehari KL-Sibu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MYAirline me­lancarkan penerbangan dua kali sehari antara Kuala Lumpur dan Sibu, destinasi keduanya di Sarawak.

Penerbangan dengan kod Z9 8201 mula mengendalikan laluan baharunya semalam, apabila berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.45 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 2.45 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, laluan baharu tersebut akan menyediakan pengembara de­ngan sambungan yang lebih baik antara timur dan barat Malaysia dengan pintu masuk yang berpatutan ke Sibu.

Katanya, pengambara juga dapat meluaskan pengetahuan dengan kekayaan sejarah dan warisan budaya sambil mene­rokai hutan hujan di Sibu.

“Kami berbesar hati melancarkan laluan Kuala Lumpur-Sibu pada bulan Tahun Baharu Cina supaya keluarga dapat pulang dan bersatu semula dengan orang tersayang.

“Laluan baharu ini akan menyediakan pengembara dengan sambungan yang lebih baik antara timur dan barat Malaysia,” kata­nya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, sempena pelancaran laluan baharu tersebut, pihaknya juga melancarkan tawaran Sarawak Super Sale untuk tempoh perjalanan dari 18 Januari hinggi 31 Julai pada harga bermula RM59 termasuk tempat duduk dan 15 kilogram bagasi percuma.

Tambahnya, tawaran terhad itu tersedia untuk penerbangan Kuching, Sibu dan Miri dengan tempoh tempahan dari 18 hingga 19 Januari 2023 dan tempoh perjalanan dari 18 Januari hingga 31 Julai 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN