PETALING JAYA: MYAirline melancarkan penerbangan dua kali sehari antara Kuala Lumpur dan Sibu, destinasi keduanya di Sarawak. Penerbangan dengan kod Z9 8201 mula mengendalikan laluan baharunya semalam, apabila berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.45 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 2.45 petang. Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, laluan baharu tersebut akan menyediakan pengembara dengan sambungan yang lebih baik antara timur dan barat Malaysia dengan pintu masuk yang berpatutan ke Sibu. Katanya, pengambara juga dapat meluaskan pengetahuan dengan kekayaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya