PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangkakan potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai kira-kira RM3.25 bilion daripada pelabur Itali yang dijangka direalisasikan bermula pada tahun ini. Menurut kenyataan MIDA, baru-baru ini, pihaknya memaklumkan peluang perniagaan masa depan Malaysia-Itali dan kerjasama strategik khususnya dalam bidang seperti industri kimia, teknologi hijau, e-Ekonomi, teknologi pintar dan rantaian nilai Revolusi Industri Keempat (IR4.0). Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku…










