Menangi RM150,000 ubah suai rumah LBS bersama Goodnite 

Menangi RM150,000 ubah suai rumah LBS bersama Goodnite 

PEMBELI rumah LBS berpeluang memenangi pakej ubah suai rumah bersama Goodnite bernilai RM150,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Bhd. (LBS) dan Goodnite International Sdn. Bhd. (Goodnite) menjalinkan kerjasama bagi menjayakan program ‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’.

Pemilik kediaman LBS secara eksklusifnya bakal berpeluang memenangi ubah suai rumah bersama Goodnite bernilai RM150,000 melalui program kesetiaan pelanggan tersebut.

Program itu terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan pemenang bertuah berpeluang untuk mengubah suai dengan pilihan reka bentuk ruang tamu hingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai RM25,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, memiliki sebuah kediaman merupakan pencapaian menakjubkan setiap orang, namun LBS memahami terdapat banyak langkah yang perlu diambil pembeli selepas memperoleh kunci rumah idaman masing-masing.

Kata beliau, sebahagian besar daripada simpanan setiap pembeli kediaman akan digunakan untuk menghias dan mengubah suai rumah mereka.

“Berpindah ke rumah baharu boleh menjadi salah satu titik kegembiraan, namun ianya boleh juga menimbulkan perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kos dan idea untuk menghias rumah baharu.

“Selama bertahun-tahun, LBS telah memperkenalkan pelbagai pakej kelengkapan rumah yang menawarkan pengalaman yang mudah, tanpa kerumitan dan mesra dompet,” katanya.

Menurut beliau, melalui melalui kerjasama strategik itu, orang ramai bukan sahaja berpeluang untuk melihat pemilik rumah LBS bertuah mengubah suai rumah mereka, bahkan memilih ruang atau bahagian rumah yang difikirkan sesuai untuk mendapat sentuhan ubahsuai serta penataan perabot yang bersesuaian.

Ujarnya lagi, semua pemilik rumah di projek-projek LBS secara automatik layak untuk menyertai kempen ubahsuai itu.

“Untuk terpilih sebagai pemenang bertuah, pemilik rumah LBS hanya perlu mengambil gambar ruang tamu, ruang makan atau bilik tidur yang dipikirkan perlu pengubahsuaian, dan muat naik gambar tersebut ke homemakeover.lbs.com.my.

“Peserta kemudian perlu melengkapkan slogan dan ikuti serta klik ‘suka’ di platform laman media sosial, Facebook dan Instagram LBS. Tempoh peraduan berlangsung dari 3 Januari sehingga 30 April 2023,” katanya.

Goodnite merupakan syarikat ternama yang terlibat di dalam pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk barangan kelengkapan bilik tidur dan perabot dengan 23 cawangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan perabot kediaman seperti sofa, set meja makan dan aksesori berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya