PETALING JAYA: Jumlah dagangan Malaysia pada 2022 mencatatkan rekod baharu berjumlah RM2.8 trilion, pertumbuhan terpantas sejak 1994, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Lebihan dagangan negara mencecah nilai tertinggi baharu berjumlah RM255.1 bilion, mencatatkan lebihan untuk tahun ke 25 berturut-turut sejak 1998. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, eksport Malaysia pada 2022 mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 25 peratus kepada RM1.6 trilion daripada RM1.2 trilion tahun sebelumnya. Kata beliau, import negara turut merekodkan peningkatan sebanyak 31.3 peratus bernilai RM1.3 trilion. “Pertumbuhan eksport pada Disember 2022 kekal positif, walaupun menyederhana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya