PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan indeks harga pengguna (IHP) berkembang pada purata antara 3 hingga 3.5 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus pada 2022. Ekoran itu, Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin terpaksa menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3 peratus dalam menangani tekanan inflasi akibat penurunan aktiviti ekonomi. CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. dalam nota kajiannya menjangka IHP berkembang pada kadar rendah sebanyak 3 peratus tahun ke tahun pada 2023 ekoran langkah-langkah kawalan harga yang berterusan. Katanya, meskipun inflasi keseluruhan menunjukkan tanda-tanda sederhana berikutan kesan asas rendah yang berkurangan dan penurunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya