PETALING JAYA: Haily Group Berhad (Haily) memenangi kontrak bernilai RM37.85 juta untuk membina hartanah komersial untuk pembangunan Crest@Austin di Johor Bahru. Dengan pemerolehan terbaru ini, jumlah nilai kontrak Haily telah meningkat kepada RM631.16 juta, membolehkan Kumpulan memulakan tahun 2023 dengan kukuh. Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, dalam tempoh kurang sebulan, Haily telah memenangi dua kontrak utama iaitu kontrak RM52.30 juta daripada anak syarikat Mah Sing Group…