Cagamas muktamad RM550 juta bon dan sukuk - Utusan Malaysia

Cagamas muktamad RM550 juta bon dan sukuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cagamas Berhad (Cagamas) memuktamadkan bon dan sukuk bernilai RM550 juta, yang terdiri daripada Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) lima tahun bernilai RM500 juta dan Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) lima tahun bernilai RM50 juta.

Perbadanan gadai janji nasional dalam kenyataannya berkata, hasil daripada terbitan akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan rumah dan aset yang layak daripada sistem kewangan domestik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chung Chee Leong berkata, Cagamas gembira memulakan 2023 dengan terbitan bon dan sukuk bernilai RM550 juta, walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai hala tuju kadar faedah global dan kebimbangan kemelesetan pada tahun ini.

“IMTN telah berjaya dimuktamadkan melalui latihan pembinaan buku yang membenarkan syarikat mengetatkan harga sebanyak lima mata asas dengan nisbah buku akhir untuk penutup sebanyak 3.05 kali, manakala CMTN diletakkan secara persendirian.

“Selain itu, IMTN menarik langganan daripada pelbagai pelabur termasuk kewangan institusi, kumpulan wang pencen, institusi pengurusan aset, syarikat insurans dan badan berdaulat,” katanya dalam kenyataan.

Kertas-kertas itu yang akan ditebus pada nilai nominal penuhnya selepas tempoh matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara (pari passu) dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada Cagamas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya