PUTRAJAYA: Bajet 2023 akan diteliti semula dari semua aspek dan tidak terikat dengan belanjawan yang lalu walaupun cadangan yang dibuat terdahulu, diambil kira. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari ini adalah belanjawan baharu dengan beberapa pengubahsuaian dilakukan. “Ini belanjawan baharu sama sekali, terasnya, dasarnya, pengubahsuaiannya walaupun angka-angka dan pendapatan tidak boleh ubah banyak,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini, semalam. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beberapa perkara seperti soal gender, orang kurang upaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya