PETALING JAYA: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), Agrobank melancarkan Kempen CNY Huat Ah untuk memupuk pengurusan kewangan yang baik menerusi perkhidmatan penyimpanan di bank berkenaan. Kempen itu mengetengahkan dua mini kempen iaitu Kempen Menang Angpau RM888 – Deposit Bonanza dan Kempen Extravaganza FRIA-i yang merupakan antara inisiatif Agrobank untuk memupuk budaya bijak berbelanja. Bagi menggalakkan amalan menyimpan, pelanggan boleh menjana keuntungan menerusi simpanan berjangka dengan kadar keuntungan yang kompetatif…










