Raja Ahmad Hidzir dilantik Ketua Pegawai Sumber Manusia Pos Malaysia - Utusan Malaysia

Raja Ahmad Hidzir dilantik Ketua Pegawai Sumber Manusia Pos Malaysia

Raja Ahmad Hidzir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad telah mengumumkan pelantikan Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Raja Ahmad Hidzir membawa pengalaman merentasi semua aspek strategi dan pembangunan sumber manusia dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Sumber Manusia Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd..

Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan transformasi yang terlibat dalam penstrukturan semula air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, Raja Ahmad Hidzir membawa bakat luar biasa kepada Pos Malaysia pada saat yang sangat penting.

“Pos Malaysia kini dalam perjalanan transformasi yang sangat menarik, menyokong kakitangan dan mengutamakan budaya yang kuat, fokus ke hadapan dan inklusif adalah lebih penting daripada sebelum ini.

“Saya percaya syarikat berada di titik infleksi yang unik dan berharap dapat bekerja rapat dengan pasukan pengurusan, para pekerja dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan.

Raja Ahmad Hidzir merupakan graduan Universiti Sains Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Muda pengurusan dalam kewangan dan perakaunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.