PNB kekal berdaya tahan, aset diurus meningkat - Utusan Malaysia

PNB kekal berdaya tahan, aset diurus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) sekali lagi menunjukkan daya tahannya dalam mengharungi ketidaktentuan apabila jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) meningkat kepada RM343.1 bilion dalam 11 bulan tahun ini daripada RM336.7 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.nurfara

Dalam tempoh yang sama, unit dalam edaran untuk kesemua 17 dana Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) meningkat daripada 276.2 bilion unit kepada 283.2 bilion unit manakala jumlah pemegang akaun bertambah kepada 15.2 juta daripada 14.8 juta pada 2021.

PNB dalam kenyataan berkata, ketegangan geopolitik, inflasi, kenaikan kadar faedah dan dasar Sifar-Covid di China telah membawa kepada peningkatan ketidaktentuan pasaran. 

Walaupun ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga, namun, pasaran modal turut terjejas akibat trend makro global.

“Ini termasuk inflasi, kadar faedah tinggi, gangguan rantaian bekalan dan pengukuhan mata wang dolar Amerika Syarikat. 

“Sehingga kini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM telah menurun sebanyak 6.7 peratus setakat 21 Disember 2022,” katanya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ASB terus memberikan pulangan mengatasi penanda arasnya, hasil daripada strategi penumpuan aset dan kepelbagaian yang telah diaksanakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

“Kami berbesar hati melihat peningkatan berterusan rakyat Malaysia yang melabur dengan kami, serta peningkatan saiz pelaburan mereka. ASB kekal sebagai komponen asas dalam perancangan kewangan pemegang unit kami,” ujarnya.

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana tersebut. 

Pengiraan pengagihan bonus tambahan adalah tertakluk kepada 30,000 unit pertama untuk setiap akaun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN