Petronas Carigali, JX Nippon jalin kerjasama

Petronas Carigali, JX Nippon jalin kerjasama teroka kawasan BIGST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Carigali Sdn. Bhd. telah memeterai Perjanjian Induk (HoA) dengan JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation (JX Nippon) pada 5 Disember lalu untuk bekerjasama dalam cadangan memba­ngunkan potensi gas di kawasan Bujang, Inas, Guling, Sepat dan Tujoh (BIGST) yang terletak di luar pesisir Kerteh, Terengganu.

Menurut Petronas Carigali, peluang BIGST itu ditawarkan sebagai sebahagian daripada Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2020, di mana ia telah menerima beberapa cadangan daripada pihak yang berminat.

Jelasnya, syarikat itu dan JX Nippon telah disenarai pendek berdasarkan kualiti penyerahan mereka dan cadangan nilai unik.

“Cadangan nilai perniagaan oleh PCSB dan JX Nippon akan menjadi asas ke arah rundingan PSC untuk kluster ini,” katanya dalam kenyataan.

Menandatangani HOA bagi pihak PCSB ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hasliza Othman manakala JX Nippon diwakili Pengarah Urusannya yang juga Ketua Perwakilan di Malaysia, Yasuto Ariga.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan dan Pengurus Besar Kanan, Pembangunan Sumber dan Pe­ngurusan MPM, Aidil Shabudin.

Sementara itu, Aidil Shabudin berkata, bekalan gas dari medan BIGST adalah penting untuk ke­selamatan tenaga Semenanjung Malaysia memandangkan potensi besar yang wujud dalam kelompok itu.

Kata beliau, teknologi pe­nangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) akan menjadi penyelesaian utama dalam mengewangkan ladang kerana ladang ini mengandungi karbon dioksida (CO2) yang tinggi dan akan menjadi projek CCS pertama di Semenanjung Malaysia.

“Kluster BIGST juga akan menjadi pemangkin yang dijangka memacu pembangunan pencemar tinggi lain di Semenanjung Malaysia yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini, kerana kekurangan infrastruktur pengendalian CO2 yang lengkap.

“PCSB dijangka menunjukkan keupayaannya dalam membangunkan projek CCS berdasarkan pengalaman baru-baru ini di Kasawari CCS, yang telah diluluskan baru-baru ini.

“Petronas akan bergerak lebih dekat ke arah aspirasinya untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050 melalui penyelesaian pe­ngurangan karbon ini,” katanya.

Petronas melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia  dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti petroleum huluan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×