Kopi WONDA mahu catat rekod dunia sempena Piala Dunia - Utusan Malaysia

Kopi WONDA mahu catat rekod dunia sempena Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kopi WONDA, salah satu jenama kopi sedia untuk diminum (RTD) terkemuka di Malaysia menyeru semua peminat bola sepak untuk mengambil bahagian dalam kempen #WONDABolaCorner untuk mencipta video timbang bola sepak terpanjang untuk Guinness World Records.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan berkata, Kopi WONDA berbangga kerana dapat menyatukan negara dalam peluang sekali seumur hidup dengan matlamat bersama untuk memecahkan rekod di seluruh dunia yang juga menyemarakkan rasa cinta mereka terhadap sukan ini.

“Melalui inisiatif ini, Kopi WONDA juga berharap dapat memberi penghormatan kepada bakat-bakat tempatan bola sepak bertaraf dunia. 

“Selain menyatukan rakyat Malaysia dalam satu video, aktiviti ini juga mempamerkan pelbagai bakat negara di samping menggalakkan mereka untuk melakukan lebih banyak lagi dengan kemahiran bola sepak mereka. 

“Dengan sambutan seluruh negara ini, anda mungkin melihat kelibat diri anda di papan iklan atau media sosial kami. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini,” katanya dalam kenyataan.

Untuk memulakan gerakan ini dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia turut serta dalam keterujaan memecahkan rekod adalah beberapa pemain bola sepak terkenal Malaysia seperti Mohd Faiz Subri, Safiq Rahim, Steffi Sidhu dan banyak lagi.

Peserta yang berminat hanya perlu merakamkan video menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkannya, kemudian menghantar video tersebut ke laman Facebook dan Instagram Kopi WONDA.

Bagi meriahkan lagi sambutan Piala Dunia FIFA dalam kalangan rakyat Malaysia, Kopi WONDA turut menawarkan salah satu kegemaran tempatan, WONDA Kopi Tarik melalui kempen ini.

Kopi WONDA juga menganjurkan mamak pertama pasca-pandemik di Malaysia dengan kerjasama 20 restoran mamak di seluruh negara untuk menayangkan perlawanan bola sepak terpilih sepanjang musim Piala Dunia, sambil menyemarakkan semangat pelanggan dengan WONDA Kopi Tarik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya