Kerajaan perlu utamakan pemerkasaan PKS - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu utamakan pemerkasaan PKS

Dr. AZIZAN OSMAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap menjadikan pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara antara agenda utama bagi 2023.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, melalui sokongan tersebut akan membolehkan usahawan-usahawan lebih berdaya tahan dan alami pertumbuhan melalui pelbagai inisiatif yang diatur nanti.

Ujarnyanya, tahun depan dijangka lebih mencabar dengan ahli-ahli ekonomi malah Bank Dunia memaklumkan tentang kemelesetan ekonomi dunia.

“PKS menyumbang sekitar 30 peratus kepada ekonomi negara, jadi kita perlukan kerjasama dan sokongan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

“Bila PKS diperkasakan maka secara tak langsung dapat memperkukuhkan lagi negara dengan usahawan-usahawan kembali menyumbang balik kepada ekonomi dan masyarakat,” katanya ketika sesi perkongsian di Facebook Azizan Osman Official baru-baru ini.

Tambah Azizan, PKS juga mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat.

“Selain memperbaiki tahap kewangan rakyat, mereka juga perlu menjaga organisasi yang menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

“Sekitar 90 peratus syarikat berdaftar merupakan PKS yang mana majikan kepada lebih kurang 60 peratus tenaga kerja di negara,” jelasnya. UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN