Infomina terima BPA bernilai AS$28.44 juta

Infomina terima BPA bernilai AS$28.44 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Infomina Berhad (Infomina), penyedia penyelesaian teknologi serantau menerima perjanjian pembelian menyeluruh (BPA) berjumlah AS$28.44 juta (RM125.14 juta) (tidak termasuk cukai perkhidmatan) daripada The Siam Commercial Bank Public Company Limited (SCB).

Melalui BPA tersebut, Infomina (Thailand) Co., Ltd. (Infomina TH) akan menyediakan aplikasi teknologi dan operasi infrastruktur, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan serta menyediakan penyelesaian bagi penambahbaikan dan pelaksanaan kepada gerbang API (Aplikasi Pengaturcaraan Antara Muka) SCBX Group.

Menurut kenyataan syarikat itu, ia  selaras dengan strategi SCBX Group untuk berubah melangkaui ekonomi fintech dan projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bermula dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025.

Secara khususnya, Infomina TH akan menaik taraf, mengubah dan menyediakan perkhidmatan sokongan kepada aplikasi perbankan teras SCB.

Selain itu, ia juga merupakan skop Infomina TH untuk menaik taraf dan mengembangkan gerbang API SCBX Group bagi transformasi syarikat tersebut untuk menjadi kumpulan teknologi kewangan serantau yang mencipta nilai jangka panjang dan pertumbuhan yang mampan.

Pengarah Urusan Infomina, Yee Chee Meng berkata, melalui BPA tersebut, Infomina akan menambah baik dan melaksanakan gerbang API SCB selaras dengan strategi SCBX Group untuk berubah melangkaui ekonomi fintech.

“Saya gembira kerana Infomina telah dipilih oleh SCBX Group sebagai rakan kongsi untuk strategi jangka panjang mereka untuk berubah melangkaui ekonomi fintech.

“Infomina berusaha untuk bukan sahaja mengekalkan tetapi sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan nilai tambah kami kepada semua pelanggan kami,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dengan BPA tersebut buku pesanan tertunggak syarikat meningkat kepada lebih RM500 juta dan ini adalah satu pencapaian yang hebat kerana memperoleh projek sebesar itu di pasaran di luar Malaysia.

“Dalam jangka masa terdekat, kami mengharapkan lebih banyak kemenangan seperti itu sambil kami memanfaatkan kepakaran domain unggul kami untuk menyampaikan penyelesaian kepada pelanggan kami di pasaran utama di seluruh rantau ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN