Harga MSM antara RM3,500 hingga RM4,000 satu tan metrik hingga akhir tahun - Utusan Malaysia

Harga MSM antara RM3,500 hingga RM4,000 satu tan metrik hingga akhir tahun

PENGELUARAN minyak sawit banyak bergantung kepada faktor cuaca terutama El-Nino. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan secara mendatar pada baki Disember antara RM3,500 hingga RM4,000 tan metrik yang mendapat manfaat daripada perbezaan harga antara MSM berbanding minyak kacang soya (SBO) yang sehingga kini berjumlah AS$423 (RM1,827) setan metrik.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, pihaknya menyedari risiko penurunan disebabkan oleh prospek permintaan yang lemah berikutan tekanan inflasi yang kembali ditambah dengan perbelanjaan isi rumah yang ketat.

Katanya, ini didorong oleh kadar faedah asas yang tinggi di dalam negara dan juga di peringkat global.

“Selain itu, terdapat juga risiko berikutan lanjutan dasar levi sifar Indonesia yang berterusan untuk eksport minyak sawit pada 2023.

“Semua faktor dipertimbangkan, kami mengekalkan pendirian neutral kami terhadap sektor ini dengan harga sasaran MSM sebanyak RM5,000 tan metrik dan RM3,500 tan metrik untuk tahun 2022 dan 2023,” katanya.

Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata, pengeluaran MSM Malaysia sedikit lebih tinggi pada 1.68 juta tan metrik naik 2.8 peratus dari tahun ke tahun berbanding berbanding 1.63 juta tan metrik pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, ini adalah hasil sumbangan produktif daripada kebanyakan negeri kecuali Terengganu (turun 10 peratus tahun ke tahun) 

“Sehingga kini, purata hasil buah tandan segar (BTS) telah meningkat tahun ke tahun kepada 1.44 tan metrik sehektar, dibantu oleh prestasi kadar pengekstrakan minyak (OER) yang baik sebanyak 19.76 peratus.

“Ini disebabkan oleh cuaca yang menggalakkan dan peningkatan sederhana dalam aliran masuk buruh asing.

“Namun begitu, kami menjangkakan prestasi akan mula merosot pada Januari 2023 apabila pokok sawit memasuki kitaran pendebungaan, mengakibatkan pengeluaran BTS yang lebih rendah,” ujarnya.

Tambahnya, syarikat perladangan utama pilihan mereka adalah KLK, Sime Darby Plant dan Sarawak Plantation. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya