PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) merekodkan jualan tertinggi sebanyak RM3.84 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2022, melepasi sasaran RM3.5 bilion dan rekod tertinggi sebelumnya iaitu RM3.82 bilion pada 2016. Menurut kenyataan syarikat itu, empat taman perniagaan Kumpulan iaitu Eco Business Parks I, II dan III di Iskandar Malaysia dan Eco Business Park V di Lembah Klang menutup tahun ini dengan jualan gabungan RM753.3 juta.…










