Cagamas terbit bon dan sukuk lebih RM1 bilion - Utusan Malaysia

Cagamas terbit bon dan sukuk lebih RM1 bilion

cagamas
CHUNG CHEE LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cagamas Berhad (Cagamas), perbadanan gadai janji nasional memuktamadkan terbitan bon dan sukuk bernilai RM1.085 bilion.

Terbitan tersebut merangkumi RM735 juta Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) setahun, RM200 juta IMTN tiga tahun dan RM150 juta Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) lima tahun.

Hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah daripada sistem kewangan domestik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong berkata, pihaknya gembira dengan kejayaan menyelesaikan terbitan IMTN dan CMTN  tersebut.

“Terbitan ini dapat diselesaikan walaupun sentimen pasaran berhati-hati memandangkan landskap politik domestik yang berlarutan sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

“Selain itu, terbitan itu diterbitkan pada harga yang  berpatutan melebihi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Instrumen Kerajaan Malaysia yang sepadan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, ini menjadikan terbitan tahunan syarikat dari pasaran domestik dan antarabangsa kepada RM19.17 bilion. 

Cagamas berada di landasan untuk mencapai sekurang-kurangnya RM20 bilion terbitan bon dan sukuk tahun ini.

Kertas-kertas itu akan ditebus pada nilai nominal penuh apabila matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, pada kedudukan sama rata (ranking pari passu) dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada lain syarikat berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya