PETALING JAYA: Syarikat kejuruteraan Malaysia, Austral Techsmith telah meterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat infrastruktur telekomunikasi Norway, GSM Towers untuk memperluaskan perniagaan di peringkat global dengan memanfaatkan pasaran infrastruktur 5G baharu. Rakan kerjasama baharu itu akan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk membina asas perniagaan yang kukuh dan seterusnya menembusi pasaran infrastruktur 5G baharu. Usaha itu akan memberi fokus kepada pengembangan teknologi tiang pintar 5G milik Austral Techsmith, ELAB01 ke pasaran global. ELAB01 ialah inovasi ‘semua-dalam-satu’ tiang pintar untuk pelaksanaan teknologi 5G di atas tanah menggunakan tiang tunggal berukuran 18…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya