AmInvest isytihar RM91.5 juta agihan pendapatan

AmInvest isytihar RM91.5 juta agihan pendapatan

GOH WEE PENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurus dana AmInvest mengisytiharkan RM91.5 juta pengagihan pendapatan untuk 33 unit amanah, dana borong dan skim persaraan swasta dari Julai hingga September 2022.

Dalam satu kenyataan, ia berkata pengagihan pendapatan bersih yang diisytiharkan merangkumi dana konvensional dan patuh syariah merentasi pelbagai kelas aset.

Katanya, antara dana terbabit ialah AmDynamic Allocator, Europe Equity Growth dan AmAsia Pacific REITs diterjemahkan kepada hasil pengagihan pendapatan masing-masing sebanyak 10.4 peratus, 6.4 peratus dan 5.9 peratus.

AmInvest ialah jenama AmFunds Management Berhad (AmFunds) dan perniagaan pengurusan dana AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd..

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds, Goh Wee Peng berkata, syarikat itu telah menggunakan strategi pelaburan yang sesuai untuk portfolio dananya bagi memanfaatkan turun naik pasaran, dan memberikan pulangan jangka panjang untuk pelabur, walaupun dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

“Kami berbesar hati untuk menyampaikan kepada pelabur yang dihargai dengan pengagihan pendapatan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×