KUALA LUMPUR: Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) melancarkan bank digitalnya, Rize di mana pelbagai perkhidmatan sudah tersedia dan lebih banyak lagi akan dilancarkan secara progresif. Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui produk terbaharu itu ialah deposit, pengeluaran dan pemindahan wang, pengurusan akaun dan pengurusan kewangan peribadi, permohonan kad debit, pembelian dan penyelenggaraan, perkhidmatan ATM dan ePenyata serta pembiayaan peribadi. Rize dibina dengan teknologi tercanggih untuk menyediakan pengalaman perbankan hujung ke hujung…










