PETALING JAYA: Aliran Ihsan Resources Berhad (AIR Berhad) dan syarikat dari Indonesia, PT Adaro Tirta Mandiri (Adaro Water) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pertukaran teknologi di antara kedua-dua syarikat terutama pada sektor air sisa yang dikitar semula dan air sisa industri.
Perniagaan utama Adaro Water, cabang air dari Adaro Group yang berpusat di Jakarta, Indonesia adalah pembinaan loji rawatan air melalui model perniagaan konsesi dan pengurangan Air Bukan Hasil melalui Kontrak Berasaskan Prestasi.
Ketua Pegawai Eksekutif AIR Berhad, Adam Saffian Ghazali berkata, MoU tersebut turut bertujuan untuk membuka ruang kepada AIR Berhad menembusi pasaran Indonesia dan Adaro Water untuk memasuki pasaran negara ini.
“AIR Berhad berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Adaro Group, rakan kongsi yang progresif.
“Perkongsian ini membuktikan kepakaran kami dalam menyediakan spektrum penuh air, air sisa, rawatan penambakan untuk operasi, penyelenggaraan, pemulihan kemudahan dan rawatan sistem air,” katanya.
MoU tersebut ditandatangani oleh Adam Saffian mewakili AIR Berhad yang merupakan anak syarikat MMC Corporation Berhad dan Presiden Pengarah Adaro Water, Ahmad Rosyid, disaksikan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Majlis berlangsung semasa Ekspo dan Forum ASIAWATER Edisi ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 Disember lalu. – UTUSAN
AIR Berhad, Adaro Water jalin kerjasama untuk pertukaran teknologi sektor air
- Oleh NURFARAHIN HUSSIN
- 24 Disember 2022, 9:11 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ratusan lagi mahasiswa AS ditahan sertai tunjuk perasaan anti-Israel
25 April 2024, 11:59 pm
Sanusi dakwa Kerajaan Perpaduan reka cerita buruk tentang pembangkang
25 April 2024, 11:48 pm
AS dan 17 buah negara rayu pembebasan semua tebusan Israel di Gaza
25 April 2024, 11:45 pm