UMW buka pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu

UMW buka pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu

PENGERUSI Kumpulan UMW Holdings Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman bersama pengurusan tertinggi UMW Holdings di Pusat Perkhidmatan Pelanggan baharu Kumpulan di Kota Kemuning, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bahagian Jentera Kumpulan UMW telah membuka sebuah pusat perkhidmatan pelanggan bersepadu baharu di Kota Kemuning, Shah Alam untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.

Pusat Pelanggan Bahagian Peralatan (EDCC) itu menempatkan pusat perkhidmatan untuk jentera berat, jentera industri dan perniagaan industri kuasa dengan jumlah pekerja seramai 150 orang.

Pusat perkhidmatan tersebut terletak di kawasan seluas 1.2 ekar, dengan barisan kedai seluas 25,000 kaki persegi serta ruang pejabat seluas 10,000 kaki persegi.

Presiden Bahagian Jentera UMW, Megat Shahrul Azmir berkata, sejak UMW mula menceburi perniagaan Jentera pada 1960-an, perkhidmatan yang cemerlang dan kepuasan pelanggan telah menjadi kunci dan akan terus menjadi teras utama kepada keputusan strategik dan operasi kumpulan.

“Selaras dengan aspirasi CREST@2021 Kumpulan, strategi pertumbuhan kami tertumpu kepada mencari penyelesaian untuk membantu dan memenuhi keperluan pelanggan dalam menangani kebimbangan ekonomi dan kemampanan, serta mengguna pakai dan menyesuaikan operasi seiring kemajuan teknologi terkini untuk lebih berdaya saing.

“Untuk mencapai matlamat ini, kami terus bekerjasama rapat dengan prinsipal dan rakan kongsi kami untuk mengeluarkan produk dan penyelesaian yang inovatif terhadap pelanggan kami dengan menawarkan lebih banyak pilihan penyelesaian automasi dan mesra alam.

“Pembukaan EDCC ini menandakan peristiwa penting di mana kami kekal berusaha untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan.

Bahagian Jentera UMW mengedarkan produk jentera yang terkemuka dari jenama terkenal seperti Komatsu, Bomag, Rosenbauer, Tennant dan jentera pengendalian Toyota seperti jentera angkut, trak capai dan lain-lain.

Ia juga mengedarkan tayar dan bateri untuk jentera industri. Bahagian ini mempergiatkan usahanya untuk menambah nilai kepada perniagaan logistik dan gudang melalui proses automasi dengan sokongan daripada Toyota Material Handling International.

Selain itu, unit Perindustrian Kuasanya menyediakan penyelesaian untuk jentera perindustrian tenaga dan marin.

EDCC yang terletak di lokasi strategik ini merupakan sebuah pusat perkhidmatan untuk pelanggan meneroka dan menghargai produk, penyelesaian automasi dan perkhidmatannya.

Ia juga merupakan gudang alat ganti, pusat perkhidmatan dan pembaikan serta aktiviti berkaitan seperti pusat panggilan, litar latihan pengendalian bahan dan litar untuk latihan operator jentera angkut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN