PETALING JAYA: Semua perkhidmatan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah membuat persiapan menyeluruh menghadapi musim tengkujuh, termasuk melakukan penambahbaikan kepada beberapa infrastruktur kritikal miliknya yang terletak di kawasan berpotensi ditenggelami banjir. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagia TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pada masa yang sama, kesemua empangan hidroelektrik TNB juga telah dipastikan berada dalam keadaan baik untuk terus berfungsi sebagai tebatan banjir. “TNB telah memasang tembok penahan sistem perparitan di Pencawang Masuk Utama (PMU) dan meninggikan aras platform peralatannya, manakala set-set janakuasa bergerak serta janakuasa mudah alih dan perkakas kritikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya