PETALING JAYA: Saham berkaitan tenaga jatuh dalam dagangan pagi Khamis di Bursa Malaysia, berikutan kemerosotan harga minyak dunia. Ia meneruskan trend kejatuhan pada Rabu, didorong data yang menunjukkan peningkatan di luar jangka dalam simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS). Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Disember jatuh AS$3.08 atau 3.5 peratus dan ditutup pada AS$85.83 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent untuk penghantaran Januari pula susut AS$2.71 atau 2.8 peratus untuk ditutup pada AS$92.65 setong di Bursa Hadapan ICE London. Antara saham tenaga di Bursa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya