Perodua lepasi paras jualan 200,000 unit

Perodua lepasi paras jualan 200,000 unit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perodua telah melepasi paras jualan 200,000 apabila syarikat kereta kompak itu mencatatkan pendaftaran sejumlah 222,203 kenderaan antara Januari dan Oktober tahun ini.

Pada perbandingan tahun setakat ini, pendaftaran untuk kereta Perodua melonjak kepada 51.2 peratus daripada 146,951 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes Covid-19.

“Kami menjangkakan momentum pendaftaran akan terus meningkat sehingga akhir tahun,” katanya.

Bagi Oktober 2022, Perodua menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5.0 peratus berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.

Model Perodua tiga teratas yang dijual pada Oktober ialah Bezza dengan 6,768 unit, diikuti Myvi (6,130 unit) dan Axia (4,989 unit.)

Dari segi pengeluaran, Perodua telah mengeluarkan sebanyak 22,974 unit pada Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan adalah sebanyak 229,811 unit antara Januari dan Oktober tahun ini.

Menurut Zainal Abidin, pihaknya merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan jumlah jualan seterusnya melepasi sasaran jualan terdahulu yang ditetapkan bagi tahun ini.

Jelasnya, ini akan dapat mengurangkan tempoh menunggu para pelanggan.

“Prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah memberi kesan positif kepada ekosistem automotif tempatan, memandangkan secara purata 95 peratus alat ganti Perodua adalah diperoleh secara tempatan.

“Malah, kadar penyetempatan yang tinggi juga telah membantu melindungi Perodua daripada turun naik pasaran pertukaran matawang asing pada masa ini. Hasrat kami adalah untuk menambah baik lagi rantaian bekalan automotif tempatan kerana dengan adanya industri ini, ia memberi banyak manfaat kepada Perodua dan para pengguna.

Pada Januari tahun ini, pembuat kereta kompak nasional itu telah mengumumkan sasaran pendaftaran sebanyak 247,800 unit untuk 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN