MISC, rakan konsortium terima lima kontrak baharu

MISC, rakan konsortium terima lima kontrak baharu daripada QatarEnergy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC Berhad (MISC) melalui anak syarikat milik penuhnya, Portovenere and Lerici (Labuan) Pte Ltd (PLL) dan rakan konsortiumnya hari ini menerima kontrak sewa jangka panjang QatarEnergy.

Menurut kenyataan MISC, kontrak tersebut untuk lima pembawa gas asli cecair (LNG) binaan baharu tambahan yang akan dibina oleh Hudong-Zhonghua Shipbuilding (Group) Co., Ltd.

Rakan konsortium terlibat adalah Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK), Kawasaki Kisen Kaisha, Ltd. (K-Line) dan China LNG Shipping (Holdings) Limited (CLNG).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC, Kapten Rajalingam Subramaniam berkata,  pihaknya berterima kasih kepada QatarEnergy atas kepercayaan dan keyakinan berterusan mereka terhadap keupayaan dan kepakaran bersama Kumpulan.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi konsortium kami atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan anugerah ini.

“Kami berharap dapat menambah nilai kepada perkongsian itu kerana kami terus memainkan peranan progresif dalam industri perkapalan LNG global,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dalam industri tenaga yang semakin berkembang, perkongsian kolaboratif adalah penting untuk memastikan kejayaan dalam memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat dan mencapai penciptaan nilai yang mampan untuk semua pemegang kepentingan.

“Tatkala kami mengemudi industri tenaga yang semakin berkembang ke hadapan, kami akan terus mengukuhkan perkongsian untuk terus membina masa depan yang progresif, mampan dan berjaya,” ujarnya.

Jelas kenyataan itu lagi, termasuk tujuh kontrak masa jangka panjang yang diperoleh lebih awal pada Ogos lalu, ini menjadikan kepada sejumlah 12 syarikat pembawa LNG binaan baharu yang dianugerahkan oleh QatarEnergy kepada konsortium itu.

Katanya, pembawa LNG ini akan dilengkapi dengan teknologi eko cekap seperti enjin X-DF 2.1 dengan Sistem Kawalan Pintar oleh Sistem Kitar Semula Ekzos (iCER) yang akan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

“Pembawa LNG  dengan 174,000 meter padu (cbm) ini dijangka siap mulai 2025 dan akan memenuhi keperluan QatarEnergy dalam pengangkutan LNG ke pelbagai negara di seluruh dunia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN