Malaysia Airlines pertimbang beli 25 pesawat Boeing Co 737 Max

Malaysia Airlines pertimbang beli 25 pesawat Boeing Co 737 Max

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd. mempertimbangkan untuk menempah 25 pesawat lorong tunggal iaitu berkemungkinan Boeing Co 737 Max, sebagai tambahan kepada tempahan sedia ada untuk 25 pesawat tersebut.

Menurut laporan Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata, rangkaian masa depan syarikat memerlukan 50 kapal terbang berbadan sempit.

“Jadi,kami masih mempunyai ruang untuk 25. Kami perlu membuat beberapa keputusan menjelang tahun depan,” katanya di luar mesyuarat tahunan Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik di Bangkok.

Penghantaran daripada pesanan pesawat Max sedia ada akan bermula pada 2024 dan pesanan untuk 25 Max berharga kira-kira AS$1.2 bilion (RM5.64 bilion), berdasarkan harga yang disusun oleh penilai pesawat Avitas Inc.

Izham berkata, trafik penumpang Malaysia Airlines kembali kepada 76 peratus daripada tahap pra Covid dengan pemulihan penuh di dalam negara dan dijangka mencapai 82 peratus menjelang akhir tahun.

“Kami tidak mempunyai kapal terbang yang mencukupi,” ujarnya.

Beliau berkata, syarikat penerbangan itu memberi tumpuan kepada mengalihkan kapasiti penumpang daripada pasaran domestik ke antarabangsa di tengah-tengah kebimbangan lebihan kapasiti dalam kalangan syarikat penerbangan di Malaysia.

Tambahnya, cabaran lain termasuk harga bahan api yang tinggi, kenaikan kadar faedah dan dolar AS yang kukuh pada 2023.

Izham berkata, pihaknya tidak mempertimbangkan untuk mengambil mana-mana pesawat Max yang Boeing cuba turunkan dari syarikat penerbangan China, kerana ketidakserasian dan kekurangan konsistensi dengan konfigurasi pesawat Malaysia Airlines.

Sementara itu, jurucakap Boeing berkata, pihaknya terus bekerjasama dengan pelanggan untuk memenuhi keperluan pesawat mereka.

“Kami tidak mendedahkan perbincangan berterusan bersama pelanggan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN