PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka membantu menambah kerancakan kegiatan ekonomi pada suku terakhir tahun ini yang diunjurkan terus berkembang lebih lapan peratus berbanding 14.2 peratus pada suku ketiga. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia terutamanya dalam sektor pengangkutan, perhotelan serta makanan dan minuman. Katanya, ini berdasarkan kepada trend berkempen dan orang ramai yang akan pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi. “Ekonomi domestik dijangka akan terus menjadi enjin ekonomi negara berdasarkan peningkatan permintaan pengguna Malaysia. Sektor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya