Indeks nilai seunit eksport Oktober susut 0.05 peratus

Indeks nilai seunit eksport Oktober susut secara marginal 0.05 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga eksport Malaysia pada Oktober 2022 merekodkan kejatuhan kecil 0.05 peratus daripada 149.8 mata kepada 149.7 mata, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, penyusutan disumbangkan oleh penurunan indeks minyak & lemak binatang dan sayur-sayuran yang turun 5.3 peratus, minyak galian (-3.4 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.4 peratus).

Di samping itu jelasnya, indeks volum eksport turut merosot 8.7 peratus, disumbangkan oleh kejatuhan indeks pelbagai barang keluaran kilang -17.8 peratus, minyak dan lemak binatang & sayur-sayuran (-15.9 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-14.9 peratus).

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim jatuh 14.5 peratus daripada 179.4 mata kepada 153.4 mata,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, indeks nilai seunit import pada bulan dilaporkan bagaimanapun meningkat 0.6 peratus berbanding bulan sebelumnya disumbang oleh kenaikan indeks alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+2.5 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (+0.5 peratus) dan makanan (+0.2 peratus).

Indeks volum import turut merekodkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak galian (+18.0 peratus), makanan (+4.8 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+0.6 peratus), katanya.

“Bagaimanapun, indeks volum import pelarasan bermusim jatuh 3.0 peratus daripada 195.5 mata kepada 189.7 mata,” kata beliau.

DOSM turut melaporkan bahawa terma perdagangan Malaysia menunjukkan prestasi negatif pada Oktober 2022, merosot 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 112.4 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN