KUALA LUMPUR: Akademi kepimpinan kanak-kanak terkemuka, HANKidz, membuka sebuah sekolah perpaduan (Unity School) yang menempatkan murid sekolah rendah dan menengah di Lembah Klang. Pengasasnya, Khoo Boo Hank berkata, sekolah berkenaan bakal dibuka sebelum hujung tahun hadapan dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 250 pelajar. Jelasnya, pembukaan sekolah perpaduan berkenaan selari dengan usaha HANKidz menyokong salah satu Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) yang menggalakkan pendidikan berkualiti. “Buat masa ini kami mempunyai empat…










