Genetec catat pertumbuhan untung selepas cukai RM25.7 juta

Genetec catat pertumbuhan untung selepas cukai RM25.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genetec Technology Berhad (Genetec) merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM25.7 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023, naik 57.7 peratus berbanding RM16.3 juta yang dicatatkan bagi suku sama tahun sebelumnya.

Syarikat mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM28 juta pada suku dalam tinjauan, 59.1 peratus lebih tinggi daripada RM17.6 juta yang dicatatkan bagi suku sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, hasil Genetec turut meningkat sebanyak 19. 2 peratus kepada RM70.7 juta pada suku sama berbanding RM59.3 juta pada tahun lalu.

Perolehan sesaham berada pada 3.59 sen (dicairkan sepenuhnya) pada suku yang sama berbanding 2.33 sen pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Genetec berkata, 2022 terus menjadi tahun yang menarik kepada syarikat dari segi makro dan pihaknya telah membina momentum dan mempelbagaikan portfolio dalam kenderaan elektrik (EV) dan segmen storan tenaga.

Katanya, usaha-usaha tersebut dijangka membuahkan hasil pada suku tahun akan datang.

“Semua segmen dalam portfolio kami terus berkembang dengan sumbangan segmen kekal konsisten dengan suku sebelumnya. Genetec kekal fokus untuk membina dan memperdalam Share of wallet (SOW) kami dengan pelanggan sedia ada.

“Kecekapan, kualiti dan fleksibiliti terus menjadi kunci sementara kami mengambil bahagian secara aktif dalam bida baharu untuk mengembangkan senarai pelanggan kami. Dengan tambahan ruang lantai 100,000 kaki persegi, kami menambah kapasiti untuk memenuhi saluran kami yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan

Baru-baru ini, Genetec menjalinkan kerjasama eksklusif dengan Citaglobal Berhad yang menyaksikan Genetec membekalkan penyelesaian sistem pengurusan storan tenaga bateri (BESS) hujung ke hujung ke tapak projek yang ditetapkan di negeri-negeri berbeza di seluruh Malaysia dalam tempoh berbilang tahun.

““Memandang ke hadapan, usaha dunia untuk mengurangkan separuh jejak karbonnya menjelang 2030 dan mencapai sasaran karbon sifar bersihnya menjelang 2050 akan memacu penumpuan tenaga dan pelaburan dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui (RE).

“Kapasiti storan tenaga baharu dijangka akan ditambah secara global antara 2022 dan 2030 apabila syarikat dan negara beralih ke arah bersih atau RE. RE  dijangka membekalkan 65 peratus daripada jumlah bekalan elektrik dunia menjelang 2030, dengan penyahkarbonan besar-besaran 90 peratus sektor kuasa menjelang 2050,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN