Figura perkukuh kedudukan di pasaran

Figura perkukuh kedudukan di pasaran

MAJLIS pelancaran produk baharu Figura International, Figura Junior di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International) mengukuhkan kedudukannya di pasaran melalui pelancaran produk baharu makanan ke­sihatan, Figura Junior.

Menurut Ketua Pegawai Ekse­kutifnya, Mohd. Hafiz Kha­lid, pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga me­maksa orang ramai terutama kanak-kanak ‘terkurung’ di rumah, mencetuskan idea kepada syarikat untuk mengeluarkan produk berkenaan.

Katanya, ia ditambah dengan kecenderungan generasi muda khususnya pelajar mengambil makanan segera yang dikaitkan dengan pelbagai risiko ke­si­hatan.

“Saya bimbang melihat cara pemakanan mereka (pelajar) yang gemar mengambil maka­nan segera, yang pastinya me­ngundang risiko kesihatan.

“Ramai maklum, makanan dengan kandungan kolesterol dan gula yang terlalu tinggi boleh mengganggu fungsi badan dan otak,” katanya pada majlis pelancaran Figura Junior di Kota Bharu, baru-baru ini.

Mohd. Hafiz berkata, produk-produk kesihatan dihasilkan Figura International disokong oleh tiga pakar perunding dan penyelidikan daripada Uni­versiti Kebangsaan Malay­sia (UKM) iaitu Profesor Eme­ritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad; Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustapha dan Profesor Dr. Noor Hassim Ismail untuk memastikan ia selamat dimakan.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Figura International, Mohamad Ridzuan Ahmad memberitahu, syarikat turut membuka peluang kepada golongan berpendapatan ren­dah (B40) terutamanya suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan dengan menjadi ejen melalui program Figura Leaderships Training Course (FLTC).

Kata beliau, pandemik menjejaskan banyak pihak terutama golongan B40 dan mereka perlu bangkit membina semula kehidupan dengan bantuan Figura International.

“Program ini berlangsung selama 5 bulan dan kita akan pastikan golongan B40 termasuk suri rumah yang menyertai programnya berjaya mengangkat ekonomi mereka ke tahap lebih tinggi seterusnya menjadi inspirasi kepada wanita lain..

“Melalui sistem mentor, seramai 32 ejen daripada latar belakang berbeza terpilih untuk terbabit dalam program ini. Mereka akan dibimbing sepanjang tempoh dan selepas program berakhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN