Eksport getah asli September susut 9.4%

Eksport getah asli September susut 9.4 peratus

LEBIH 30,000 pemohon melibatkan kategori individu, petani dan pekebun kecil komoditi diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani pada 10 Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 5.9 peratus pada September 2022 kepada 35,460 tan metrik, daripada 37,666 tan metrik bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 13.9 peratus kepada 41,180 tan metrik.

Jelasnya, pengeluaran getah asli disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.9 peratus dan sektor este 12.1 peratus.

Katanya, jumlah stok getah asli pada bulan dilaporkan me­nurun 5.7 peratus kepada 198,659 tan metrik berbanding 210,768 tan metrik, Ogos lalu.

“Kilang memproses getah menyumbang stok akhir seba­nyak 90.7 peratus, diikuti kilang pengguna getah (9.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” katanya dalam kenyataan.

DOSM berkata, eksport getah asli Malaysia pada September berjumlah 54,542 tan metrik, turun 9.4 peratus berbanding Ogos sebanyak 60,170 tan metrik.

China kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli negara iaitu berjumlah 46.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport, diikuti Jerman (6.1 pe­ratus), Brazil (4.0 peratus), Iran (3.8 peratus) dan Amerika Syarikat (3.1 peratus).

“Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat merekodkan penurunan 7.4 peratus kepada 476.76 sen sekilogram daripada 514.73 sen sekilogram pada Ogos, manakala Sekerap menurun 12.6 peratus kepada 465.86 sen sekilogram daripada 533.29 sen sekilogram bulan sebelumnya,” katanya.

Menurut DOSM, pengeluaran getah asli pada suku ketiga 2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 48.7 peratus kepada 110,969 tan metrik berbanding 74,635 tan metrik pada suku kedua 2022.

Bagaimanapun katanya, pres­tasi pertumbuhan tahunan pengeluaran pada suku berkenaan mencatatkan penyusutan 16.4 peratus daripada 132,732 tan metrik suku sama 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN