Astro lancar BIZfibre baharu untuk PKS di Sabah

Astro lancar BIZfibre baharu untuk PKS di Sabah

MAJLIS pelancaran BIZfibre Astro baharu untuk PKS di Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Astro menawarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Sabah ketersambungan yang lebih baik menerusi BIZfibre baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro-Designate, Euan Smith berkata, BIZfibre dikuasakan oleh Astro Fibre, adalah pelengkap sempurna kepada Pek TV komersialnya yang menawarkan sukan secara siaran langsung, rancangan TV terbesar, filem blokbuster dan berita terkini.

Kata beliau, memandangkan perniagaan kini menjadi lebih global dan berdaya saing, ia adalah penting bagi semua usahawan sehingga syarikat besar untuk mempunyai akses yang lebih baik kepada sambungan yang lebih
pantas dan dipercayai.

Tambahnya, PKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia yang menyumbang 97 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan.

“Kami berharap untuk bekerjasama dengan sektor PKS menerusi tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang sah.

“Melalui perkhidmatan ini, SME akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran BIZfibre baharu di Kota Kinabalu.

Smith berkata, mendengar maklum balas daripada pelanggan dan prospek komersial Astro, syarikat telah mereka rancangan BIZfibre untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui sambungan yang lebih pantas, lebih dipercayai dan stabil.

Beliau berkata, Astro telah memilih rangkaian pakej nilai tambah yang memenuhi semua keperluan komersial tanpa mengira saiz atau industri.

“Pek TV BIZfibre dan komersial kami menawarkan proposisi nilai yang unik berdasarkan pelbagai kandungan dan perkhidmatan Astro yang hebat. Kami yakin BIZfibre akan menjadi sumbangan penting kepada peningkatan jalur lebar dan pangkalan pelanggan komersial kami,” katanya.

Ketua Bisnes Perusahaan Astro, Kevin Ng berkata, stesen itu telah melihat peningkatan sebanyak 20 peratus dalam kalangan pelanggan komersialnya di Sabah berbanding dengan tahun lepas dan berbesar hati untuk memperkasakan peluang PKS di Sabah melalui AstroBIZ, cabang perusahaan Astro.

Kata beliau, Astro menggalakkan perusahaan komersial seperti kedai F&B dan hotel untuk hanya mengakses kandungan yang sah.

Tambahnya, Astro telah melabur banyak dalam sukan siaran langsung dan hiburan berkualiti tinggi untuk pelanggan selama ini kerana tahu mereka menghargainya.

“Kami mengambil serius tentang penstriman kandungan yang menyalahi undang-undang untuk memastikan kami berlaku adil terhadap pelanggan komersial kami yang sah. Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, sesiapa yang ditangkap menstrim kandungan yang tidak dibenarkan boleh didenda sehingga RM200,000, dipenjarakan sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali untuk cetak rompak,” katanya.

Sempena pelancaran BIZfibre, Astro menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran dan Pek Plus VIP dengan 70 saluran.

Pek VIP disertakan dengan semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan sukan secara siaran langsung lain yang menarik seperti Liga Perdana, La Liga, Ligue 1 dan Serie A, Formula 1, UFC, NBA dan banyak lagi termasuk siri signature Astro Originals, One Cent Thief; rancangan antarabangsa premium, Star Trek: Short Treks S1 dan The Roundup (akan datang pada 26 November); kegemaran tempatan iaitu Gegar Vaganza Musim 9, I Love Hua Hee dan Kuri musim 2; serta berita terkini untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat terkini tentang peristiwa semasa.

Pelanggan boleh menunjukkan 5 kandungan sukan yang berbeza secara serentak hanya pada RM1,959 sebulan. Pek VIP Plus termasuk Pas Sukan VIP dan Pas Ragbi dengan 8 skrin sukan yang berbeza secara serentak, dilengkapi dengan pilihan kelajuan jalur lebar sama ada 500Mbps atau 800Mbps secara percuma sehingga 24 bulan. Jalur lebar percuma sehingga 24 bulan disertakan dengan langganan tv komersial VIP baharu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN