UOB Malaysia terbit nota RM1 bilion

UOB Malaysia terbit nota RM1 bilion

MENARA UOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: United Overseas Bank Malaysia (UOB Malaysia) berjaya menetapkan harga Nota Jangka Sederhana (MTN) Subordinat Tahap 2 bernilai RM1 bilion.

UOB Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, terbitan MTN terbabit dijangka matang pada Oktober 2023 dan boleh panggil pada Oktober 2027 dengan kadar kupon tetap 4.9 peratus setahun.

Jelasnya meskipun berhadapan dengan pasaran kewangan yang tidak menentu serta persekitaran kadar faedah yang semakin meningkat, UOB berjaya menetapkan harga salah satu daripada Tahap 2 subordinat patuh Basel III berdenominasi Ringgit yang terbesar setakat ini.

Hutang subordinat yang diberi penarafan AA1 oleh RAM Rating Services Berhad, ditempatkan secara persendirian kepada lebih 20 pelabur institusi berkualiti tinggi termasuk syarikat insurans, pengurus dana, badan berkanun, bank dan bank swasta.

“Permintaan kukuh daripada pelabur juga menyaksikan saiz terbitan meningkat daripada sasaran awal RM500 juta kepada RM1.0 bilion,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, kejayaan transaksi tersebut disaksikan melalui penarafan kukuh serta penetapan harga yang dicapai UOB.

“Ini adalah bukti kekukuhan profil kredit dan asas perniagaan yang teguh UOB Malaysia.

“Di sebalik persekitaran pasaran yang tidak menentu, kami menerima maklum balas positif daripada pelabur untuk MTN Tahap patuh Basel III Bank, menjadikannya terbitan dalam denominasi mata wang tempatan yang terbesar setakat ini,” katanya.

CIMB Investment Bank, HSBC Bank Malaysia dan UOB Malaysia bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama untuk transaksi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN