TH bantu lebih 30,000 penuntut IPTA di seluruh negara

TH bantu lebih 30,000 penuntut IPTA di seluruh negara

NORAINI Ahmad; Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar; Amrin Awaluddin (kanan), Naib-Naib Cancelor serta wakil pengurusan tertinggi Institut Pengajian Tinggi Awam pada majlis penyempaian sumbangan TH melalui Program Iqra’ IPTA TH 2022 di Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menyalurkan sumbangan RM600,000 kepada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022.

Dana itu akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA dalam kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutama masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, Program Iqra’ TH merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang akan memberikan manfaat kepada lebih 30,000
penuntut dalam kalangan B40 dan asnaf.

Kata beliau, TH berharap sumbangan itu dapat meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan penuntut IPTA dalam meneruskan pembelajaran mereka sehingga tamat pengajian, seterusnya dapat mengubah taraf hidup ekonomi keluarga mereka.

“Sumbangan CSR TH yang terbesar ini, diharapkan dapat melahirkan mahasiswa yang lebih komited, berkualiti, mampu berdaya saing di semua peringkat dan memastikan mereka berupaya menjadi insan cemerlang pada masa hadapan” katanya dalam kenyataan sempena menyampaian sumbangan itu di Batu Pahat.

Penyerahan ‘mock-cheque’ sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Amad kepada 20 wakil IPTA dalam satu majlis di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat , Johor.

Menurut TH, Program Iqra’ TH pada mulanya hanya tertumpu kepada pelajar sekolah rendah. Program itu kemudiannya diluaskan kepada pelajar asnaf dan B40 yang mengikuti pengajian di peringkat menara gading.

“TH sentiasa komited dalam menjalankan program-program CSR bagi membantu golongan sasar khususnya golongan asnaf, dalam pembangunan ummah yang lestari. Antara program-program CSR TH lain termasuklah Program Ikhtiar, Mobiliti, A’fiat dan Ehsan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN