Sunway bakal lancar kediaman untuk warga emas - Utusan Malaysia

Sunway bakal lancar kediaman untuk warga emas

ILUSTRASI kompleks kediaman warga emas eksklusif yang terletak bersebelahan Pusat Perubatan Sunway, hospital utama Sunway Healthcare Group.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (Sunway Healthcare) akan melancarkan kediaman warga emasnya, Sunway Sanctuary, pada suku kedua 2023. 

Projek itu adalah sebahagian daripada rancangan kumpulan itu untuk menyediakan permintaan yang semakin meningkat untuk kediaman warga emas yang eksklusif dan mewah di Lembah Klang.

Presidennya, Datuk Lau Beng Long berkata, matlamatnya adalah untuk menjadi lambang keselesaan dan kemewahan untuk kehidupan warga emas. 

“Satu produk yang menawarkan kehidupan bersahaja dengan perkhidmatan yang luar biasa, kemudahan, keselamatan, dan yang paling penting, penjagaan kesihatan yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan. 

Ujarnya, sebagai antara penyedia penjagaan kesihatan swasta yang terkemuka di Malaysia dengan lebih daripada dua dekad pengalaman dan kepakaran dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan, kumpulan mempunyai infrastruktur dan sumber yang boleh dimanfaatkan untuk menyediakan sokongan penjagaan kesihatan yang cemerlang.

“Kekayaan pengetahuan kami, ditambah pula dengan pandangan yang kami peroleh dari negara yang mempunyai pilihan hidup warga emas yang lebih matang seperti Australia dan Jepun, akan mewujudkan rangka tindakan untuk Sunway Sanctuary bagi menetapkan standard baharu untuk penjagaan warga emas di Malaysia,” katanya lagi.

Kemudahan yang disediakan terdiri daripada 473 unit dengan bantuan concierge 24/7, santapan lazat, perkhidmatan pengemasan dan dobi profesional, perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan IT, keselamatan sepanjang masa serta perkhidmatan peribadi untuk pelbagai aktiviti dan tugas.

Sunway Sanctuary mempunyai lokasi yang strategik, kesihatan holistik, aktiviti terpilih, kemudahan yang baik, kehidupan yang elegan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Sebagai sebahagian daripada tumpuan kepada kesejahteraan holistik, kemudahan itu akan menganjurkan program dalaman di mana setiap penduduk akan mempunyai akses kepada penyelaras kesihatan peribadi untuk pendekatan yang lebih disasarkan dan disesuaikan untuk gaya hidup yang berkualiti.

Selain itu, projek itu akan mempunyai pusat kesihatan dengan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyediakan bantuan klinikal yang komprehensif termasuk perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina. 

Bagi kes kecemasan, penduduk akan dirujuk ke Pusat Perubatan Sunway. 

Sunway Sanctuary akan dibuka untuk tempahan menjelang akhir tahun ini dan promosi pembeli awal juga akan diumumkan tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya