OGSE: Perlu perubahan tangani peralihan tenaga, cabaran penyahkarbonan - Utusan Malaysia

OGSE: Perlu perubahan tangani peralihan tenaga, cabaran penyahkarbonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) tidak boleh beroperasi dalam mod perniagaan seperti biasa kerana kerajaan sedang mengejar pertumbuhan yang mampan seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perubahan dalam sistem, model perniagaan, andaian ekonomi, peraturan pasaran dan tadbir urus rangka kerja diperlukan untuk menangani cabaran yang ditimbulkan oleh peralihan tenaga dan penyakarbonan.

“Industri OGSE memainkan peranan penting dalam hal ini kerana pemain industri berada pada kedudukan terbaik untuk memberi nasihat keperluan teknologi dan pengetahuan teknikal.

“Kerajaan akan meneruskan usaha untuk melibatkan diri dan bekerjasama dengan industri,” katanya dalam ucapan di Jelajah Kebangsaan OGSE 2022, semalam.

Ujarnya, ketika dunia mengemudi peralihan tenaga, adalah penting bagi industri OGSE untuk membina daya tahan terhadap kejutan luaran dan meningkatkan keupayaan terhadap set kemahiran seperti tenaga boleh diperbaharui, peyimpanan tenaga dan penyahkarbonan.

“Syarikat OGSE mesti memasukkan komponen kemampana ke dalam strategi perniagaan mereka. Saya percaya mereka yang mampu membangun produk dan perkhidmatan yang menangani cabaran tenaga global akan wujud untuk jangka masa panjang.

“Saya optimis inisiatif itu akan membantu pemain OGSE untuk memenuhi keperluan agenda kelestarian,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPRC, Mohd. Yazid Ja’afar berkata, Jelajah Kebangsaan OGSE 2022 bukan sahaja membolehkan peserta membiasakan diri dengan Pelan Tindakan OGSE tetapi juga dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk membawa manfaat merentasi ekonomi Malaysia apabila sektor minyak, gas dan tenaga memulakan laluan peralihan tenaga.

“Kami akan mengadakan sesi mengenai Dasar Tenaga Negara oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada program kami.

“Selaras dengan tema Membuka Peluang dalam Lanskap Tenaga Malaysia, pembentangan dan sesi panel semalam menunjukkan prospek dalam industri minyak, gas dan tenaga terutamanya terutamanya peralihan tenaga dan masa depan rendah karbon,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.