PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh mengukuhkan nilai ringgit yang ketika ini terus lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Semalam, ringgit dilaporkan melepasi paras semasa krisis kewangan Asia 1997/98 apabila ditutup pada 4.736/4.740 berbanding dolar. Terdahulu, ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dipercayai kerana kekurangan pemangkin pasaran, diburukkan lagi oleh ketidaktentuan pasaran global. Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7345/7360 berbanding…










