MARDI lancar lima produk inovasi terbaharu

MARDI lancar lima produk inovasi terbaharu

AHMAD Hamzah (tengah) dan pegawai MARDI melancarkan lima produk inovasi terbaharu institut penyelidikan itu di Serdang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) terus menghasilkan teknologi terkni bagi meningkatkan sektor agromakanan menerusi pelancaran lima produk inovasi terbaharu.

Lima produk itu ialah Teknologi Floc Test untuk Pengesanan Penyakit Padi, Teknologi Nano Formulasi untuk Penyakit Padi, Slow-release energy bar – Bar Pembebasan Tenaga Berkala, High-energy Candy – Kandi Bertenaga Tinggi dan Recovery Sports Drink – Minuman Pemulihan Sukan.

Pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah sempena Hari Inovasi MARDI 2022.

“Mardi sentiasa menerapkan pendekatan-pendekatan baharu dalam penyelidikan bagi menghasilkan inovasi dah teknologi untuk sektor pertanian dan industri makanan.

“Fokus penyelidikan yang dijalankan adalah untuk menangani isu-isu berkaitan bagi mengurangkan kebergantungan import dan meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam negara bagi menjamin sekuriti agromakanan negara,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, Inovasi dan teknologi merupakan budaya kerja MARDI.

“Tradisi penganjuran Hari Inovasi MARDI ini telah dimulakan sejak 2011 lagi. Budaya penyelidikan tidak terhad kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P). MARDI turut menyediakan ruang bagi kakitangan pelaksana supaya tidak ketinggalan dalam menengahkan idea, inovasi dan kreativiti masing-masing melalui acara Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) dan pertandingan inovasi Akar Umbi MARDI (AUM),” tambahnya.

Hari Inovasi MARDI bertemakan “R&D Memperkasa Sekuriti Makanan” merupakan platform bagi warga MARDI mempersembahkan hasil kajian yang berinovatif selari dengan amanah dan tanggungjawab sebagai institusi penyelidikan agromakanan utama Negara.

Tema berkenaan amat bertepatan dengan isu global masa kini yang dialami oleh seluruh dunia termasuk Malaysia yang berhadapan dengan krisis pengeluaran makanan yang terjejas akibat pemulihan pasca Covid-19, ditambah peperangan negara luar, perubahan cuaca yang semakin meruncing dan sebagainya.

“Impaknya, sekuriti makanan dalam negara semakin terancam dan hal ini menjejaskan aktiviti serta rantaian bekalan makanan bagi industri pertanian dan makanan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN